Van persiaran yang terlibat kemalangan maut di kilometer (km) 4.8 Jalan Genting Highlands mempunyai lesen di bawah kelas lesen bas persiaran.<br /><br />Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), perkara itu disahkan menerusi semakan awal dan pihaknya memandang serius isu membabitkan keselamatan orang ramai susulan insiden kemalangan terbabit.